ENCIK MOHD ASRI BIN BAHARUM
PENGARAH INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA(PERDA-TECH)

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ......

Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian tuan / puan untuk melayari laman web rasmi Institut Kemahiran Tinggi Perda
(PERDA-Tech). Pembinaan laman web ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat disamping membekalkan maklumat terkini kepada para pengguna berkenaan PERDA-Tech khususnya.

Sebagai salah sebuah institut Kemahiran Tinggi yang bertanggungjawab untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta, PERDA-Tech berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serta melahirkan graduan yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab selari dengan falsafah pendidikan negara. Oleh itu adalah difikirkan wajar sekiranya diwujudkan satu korelasi yang seimbang melibatkan bidang teknologi maklumat, teknikal, teknologi, profesional dan sebagainya dalam sistem pendidikan.

Pelancaran Laman Web ini adalah sebagai satu alternatif untuk memperkenalkan PERDA-Tech di mata umum melalui capaian maklumat penting dengan lebih cepat, tepat dan efektif khususnya berkenaan kursus yang ditawarkan dan kemudahan pendidikan yang disediakan. Selain itu, ia juga diharap dapat menjadi medan pertukaran maklumat pelbagai hala antara PERDA-Tech dengan pihak luar sama ada individu, badan kerajaan mahupun pihak swasta ke arah meningkatkan lagi tahap keberkesanan pendidikan serta program yang dirancang dan memantapkan lagi kecekapan pengurusan dan pentadbiran institusi ini. Kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak dijangka mampu merealisasikan misi dan visi PERDA-Tech yang didokong selama ini.

Akhir kata, saya amat berharap agar laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dalam mengautomasikan sistem pentadbiran dan pendidikan seluruh negara amnya dan PERDA-Tech ini khasnya.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

CopyrightŠ2008 INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA
Best viewed with Internet Explorer 6.0 and above in 1024×768 pixels screen resolution
DISCLAIMER: The Government Of Malaysia shall not be liable for any loss/damage caused by usage of info obtained from this website.